Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
July 14, 2009
OK adik-adik, saat yang dinanti-nantikan telah tiba. Dengan ini, kami dengan rasa syukur dan gembira memperkenalkan... (jeng, jeng, jeng...) logo rasmi SolehTeen Community @ STC! Untuk semua, terima kasih kerana bersama-sama kami. Teruskan memberi sokongan kepada kami. InsyaAllah, berkat doa dan usaha dan sokongan anda semua, komuniti kita ini akan terus berkembang dan berjaya.
Oh ya, bagi mereka ramai yang kerap sms kerana tidak memiliki kemudahan internet, jangan putus asa okay. InsyaAllah kami dalam proses meningkatkan kualiti dan perkhidmatan serta capaian maklumat bagi STC ini. Harap bersabar dan berdoalah untuk kebaikan bersama. Buletin dan kad dalam proses teknikal. Keahlian juga sedang ditambahbaik dan dikemaskini sistemnya. Apa-apa pun, moga usaha kita yang sedikit ini mendapat rahmat dan ada manfaatnya untuk kebaikan bersama. Ameen..... (",)
June 22, 2009
Ayuh! Cepat! Adik-adik boleh berikan rating adik-adik sendiri terhadap t-shirt baru yang akan dikeluarkan ini. Hanya hadir dalam satu warna sahaja. Berikan komen anda. Malah sebarang cadangan juga sangat dialu-alukan. Nak cadang harga boleh juga sebab harga masih belum ditetapkan! Nak order terus pun boleh juga... Apa? Nak jadi pengedar? Ha.. yang itu nanti kita bincang kemudian ye.. (Wah.. business minded ni..)
Ini dia t-shirt edisi terhad A.F. (SolehTeen Edition) "Akademi Fisabilillah". (",)
Jom semua, sertai ruang forum kami di chatroll sekarang...
Kini adik-adik boleh berkongsi rasa dan cerita mahu pun berbincang apa jua kisah dan isu bersama-sama. Nak sembang-sembang (chatting) pun boleh. Nak download gambar-gambar dan video pun boleh. Ruang forum untuk bertukar-tukar pendapat juga tersedia. Apa yang perlu dilakukan hanyalah daftarkan diri (sign up) adik-adik di chatroll terlebih dahulu (klik sini). Pendaftaran yang mudah. Kalau ingin lebih menarik, masukkanlah gambar adik-adik dalam profile masing-masing. Macam ni baru boleh lebih kenal siapa adik ni sebenarnya. :D Selepas selesai mendaftar, silalah sign in (daftar masuk) ke dalam chatroll. Kemudian pergi ke http://chatroll.com/solehteen dan klik pada subscribe yang terdapat di ruang sebelah kiri.
Nah! Sekarang selesai sudah urusan awalannya dan seterusnya aktifkanlah diri dalam ruang forum ini. Jadi tunggu apa lagi? Sertai kami sekarang! Kalau ada masalah, sila tinggalkan mesej atau komen pada entri ini Ok...
March 2, 2009
Kunjungilah laman web ProQuest yang berwajah baru dengan penampilan yang lebih segar, berketrampilan dan profesional di www.proquest.com.my sekarang. Dapatkan segala info terkini mengenai ProQuest. Juga berita-berita serta aktiviti terkini syarikat. Anda juga berpeluang mengenali tenaga-tenaga pengajar pakar di bawah pengurusan syarikat kami. Jadi tunggu apa lagi!? Layarinya sekarang... (",)
January 17, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)




