Photobucket

November 3, 2008

Eksklusif !!! Program Motivasi Cuti Sekolah

Posted by Ilmi Ahmad | November 3, 2008 | Category: |

Akhirnya...!!! Setelah 3 tahun meneliti, merancang, mengkaji, menguji, dan penilaian terperinci dilaksanakan, buat julung kalinya ProQuest melancarkan program istimewa musim cuti sekolah khusus untuk pelajar-pelajar berusia 12 hingga 16 tahun bagi merealisasikan kelahiran generasi muda yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


Melalui modul khusus yang telah dirangka secara rapi dan lama, kini kami bersedia untuk berdepan dengan cabaran hebat generasi muda masa kini yang pelbagai kerenah dan perangainya. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda bersedia untuk menghadapi kami dan mengambil cabaran ini?

Program ini hadir dalam 2 versi untuk sasaran yang berbeza iaitu "SOLEH TEEN Life in JAYBEE" dan "SOLEH TEEN Xtreme in JAYBEE". Penyertaan kini dibuka secara rasminya. Kumpulan pertama bagi kedua-dua program berikut adalah terhad serta menawarkan pakej promosi istimewa khusus bagi meraikan pelaksanaan kali pertama program tersebut.

Dengan ini juga dilancarkan weblog rasmi bagi program SOLEH TEEN (Life & Xtreme), SOLEH TEEN Community atau STC yang merupakan zon komuniti info (lagi terkini) bagi program SOLEH TEEN dan perkembangannya. Ia turut menawarkan keahlian (dan zon komuniti) kepada alumni (bekas peserta) program SOLEH TEEN (Life & Xtreme). Dari sini kelak, InsyaAllah banyak manfaat yang akan adik-adik (anak-anak) sekalian perolehi. Malah para ibu bapa (peserta) juga dialu-alukan untuk menyertainya.

Jadi tunggu apa lagi? Ayuh, para ibu, para bapa sekalian! Adik-adik di luar sana! Jangan bazirkan masa muda anda! Bermulalah dari sekarang! Bermulalah bersama kami!

Currently have 0 comment: