Photobucket

August 11, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Posted by Unknown | August 11, 2010 | Category: |



Allah SWT telah merakamkan 'kenyataan-Nya' berkenaan Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat ke-2, bahawa Al-Quran itu merupakan petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa. Dan bersaksilah bahawa Allah juga telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat ke-183, ibadah puasa mempunyai hubungan yang sangat rapat dalam mengejar tingkat ketaqwaan di sisi Allah. Maka di sinilah perlu dan pentingnya umat Islam 'menuntut latihan' dengan berpuasa di bulan Ramadhan, moga-moga kita mampu mencapai darjat ketaqwaan di dalam segenap ruang lingkup kehidupan dan persekitaran kita. Salam Ramadhan 1431H buat semua adik-adik SolehTeen, moga setiap detik dalam Ramadhan yang dilalui kita ini akan mendapat keberkahan dan redha dari Ilahi.

Currently have 0 comment: