Photobucket

April 8, 2011

Maher Zain : Thank You Allah

Posted by bangchik_92 | April 8, 2011 | Category: |

Maher Zain
Maher Zain. Siapa yang tidak kenal? Anak saudara saya yang berumur 3 tahun pun sudah pandai menyanyikan lagu “Insya Allah”. Entri kali ini akan berbicara tentang Maher Zain atau lebih khusus kepada albumnya “Thank You Allah” yang kini menjadi satu fenomena dalam dunia muzik. Mungkin kami(admin SolehTeen Community) agak lambat dalam mencoretkan fenomena ini di blog SolehTeen(kerana sudah terlalu lama tidak di update). Penyanyi dari Sweden ini boleh dikatakan penyanyi muslim yang paling popular di dunia ketika ini kerana memiliki lebih dua juta(2,000,000) peminat di faceboooknya.

Album Thank You Allah terdiri daripada lagu-lagu islam moden dalam bahasa Inggeris. Album terbitan Awakening Records ini pada tanggapan kami sangat bagus kerana mesej-mesej yang hendak disampaikan melalui lirik lagunya sangat jelas. Konsep dakwahnya yang  berkesan melalui lagu-lagunya yang mengajak kita untuk berzikir, selawat ke atas junjungan mulia, serta lagu-lagu berorientasikan doa. Sebagai seorang penerbit dan artis yang sangat berbakat, Maher Zain berjaya membawa Muzik Islam moden ke peringkat yang baru.

Senarai Lagu : 

1. Always Be There
2. Ya Nabi Salam Alayka
3. Insha Allah
4. Palestine Will Be Free
5. Thank You Allah
6. Allahi Allah Kiya Karo feat. Irfan Makki
7. The Chosen One
8. Baraka Allahu Lakuma
9. For the Rest of My Life
10. Hold My Hand
11. Awaken
12. Subhana Allah feat. Mesut Kurtis
13. Open Your Eyes

Album Thank You Allah

Album yang hebat ini adalah hasil gabungan elemen R&B, nasyid tradisional, pop, serta irama music Arab & Turki. Bersempena nama album ini, “Thank You Allah” ialah sebuah lagu pujian berirama balada yang indah. Sementara lagu pelbagai bahasa “Ya Nabi Salam Alaika” ialah antara muzik islamik yang terhebat. “Always Be There” pula ialah lagu pujian yang penuh semangat & dedikasi serta digabungkan irama penuh perasaan. “For the Rest of My Life” ialah sebuah lagu dari seorang suami kepada isterinya, menyatakan rasa cinta yang ikhlas dengan cara yang indah kepada seorang isteri. “Allahi Allah Kiya Karo” lagu duet bersama  sahabatnya di Awakening Records, Irfan Makki  yang membawa perubahan moden pada lagu klasik Qawwali ini. “The Chosen One” merupakan lagu yang berkisarkan kehidupan & ajaran Nabi Muhammad SAW lantas  memberi penghormatan penuh perasaan kepada baginda. Dan “Baraka Allahu Lakuma” ialah sebuah lagu perkahwinan yang gembira. Manakala “Insha Allah” pula ialah lagu yang paling popular dalam album ini dan antara lagu yang berpotensi sebagai lagu hit terhebat dalam legasi muzik islam. Tidak dilupakan juga lagu-lagu lain seperti  “Hold My Hand”, duet bersama Mesut Kurtis dalam lagu “Subhana Allah”, “Open Your Eyes” and “Awaken”. Album ini sememangnya dipenuhi dengan muzik-muzik yang hebat serta menambat hati pendengar. 


Open Your Eyes ialah sebuah lagu yang berbicarakan tentang "tanda" keagungan Allah SWT. Masihkah kita ingat bahawa Allah SWT berbicara kepada hambanya melalui "tanda". 


Semoga Maher Zain akan terus berjaya dalam bidang seni muzik a.k.a. dakwah..(^_^)

“..spread the love..”


Currently have 0 comment: