Photobucket

April 11, 2011

Evolusi Diri 3 : Who am I?

Posted by bangchik_92 | April 11, 2011 | Category: |












(1) Who am I?
(2) Where am I coming from?
(3) Why do I live this life?
(4) Where will I go after life?
(5) How should I live this life?

Mungkin ada yang tertanya ada apa dengan lima persoalan di atas? Inilah dia lima persoalan kehidupan yang mesti dijawab. Kali ini kami ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama menjawab lima persoalan kehidupan ini. Boleh?

#1 “Who am I?” (Siapa saya?)

Sekarang kami ajukan anda semua satu soalan. Siapa anda? Ahmad? Ali? Abu Bakar? Umar? Fatimah? Zainab? Aisyah? Itulah jawapan yang biasa dikeluarkan apabila ditanya sedemikian. Tetapi adakah benar jawapan ini? Hmm, bagaimana pula jikalau suara yang garau lagi jerih, bengis dan bingar dijeritkan pada diri dan hati anda dengan soalan yang sama, “SIAPA ANDA...???!!!” ----------------------------------------- Sesungguhnya jawapan yang hakiki ialah hamba. Hamba kepada siapa? Ya, tepat sekali jika jawapan tersebut ialah hamba Allah. Jadi siapakah kita semua ini? Ya, kita semuanya ini baik bangsa apa atau rakyat mana atau penganut agama apa atau perdana menteri atau menteri atau ketua hakim atau mufti negara mana sekali pun, kita semuanya ini adalah HAMBA ALLAH. Inilah asas kepada mengenal diri kita yang sebenar-benarnya. 


Jikalau kita ini hamba, bolehkah kita berlaku sombong? Semestinya tidak. Namun kenapa semakin ramai yang bersikap sombong pada hari ini? Kerana jiwa hamba kita sedang “tidur”. Sahabat-sahabat sekalian, nafsu diciptakan Allah kemudian dipanggil menghadap Allah dan ditanyakan soalan kepadanya, “Man anta wa man ana?” (Siapa kau dan siapa aku?). Apa jawab nafsu, engkau adalah engkau dan aku adalah aku. Lalu Allah mencampakkan nafsu ke dalam api neraka yang paling panas selama seratus tahun. Kemudian Allah memanggil nafsu buat kali kedua dan bertanya, “Siapakah engkau dan siapakah aku?”. Nafsu menjawab, “Anta anta, wa ana ana” (Engkau adalah engkau dan aku adalah aku). Lihat, betapa sombongnya nafsu. Dan lihatlah mengapa kebanyakan kita memberi jawapan yang sama dengan nafsu? Sebab nafsu sudah melupakan siapa dirinya dan siapa tuhannya. Sebab itulah juga ramai dalam kalangan manusia yang kini sombong, merasakan dirinya kuat, merendah-rendahkan orang lain dan bermacam-macam lagi.

          Kemudian nafsu dicampakkan lagi ke dalam neraka yang paling panas selama seratus tahun lagi. Apabila dipanggil menghadap Allah semula dan diajukan soalan yang sama, nafsu masih tetap dengan jawapannya, keangkuhannya, dan kesombongannya. Lalu dicampakkan semula nafsu ke dalam neraka dengan siksaan dan azab yang paling teruk sekali sehingga nafsu menjadi tidak bermaya, dan kemudian dipanggil bertemu Allah. Pada kali ini diajukan semula soalan “Siapa engkau dan siapa aku?”, barulah kali ini nafsu menjawab, “Anta Rabbi wa ana abdul rhaif” (Engkau tuhanku dan aku hamba Mu yang lemah). Kita menjadi sombong kerana kita cukup makan, cukup duit, cukup tidur. Nafsu diuji dengan kemewahan untuk lupa dirinya. Sebab itu jikalau ada orang yang sudah lupa dirinya, itu senang sekali menyepak, menujal, memukul, mengganggu orang dan sebagainya kerana yang hidup itu ialah nafsu sebenarnya. Nafsu sudah bermaharajalela. Kalau sudah kenal diri sebagai hamba, hamba boleh sombong atau tidak? Pastinya tidak kerana kita adalah hamba. KITA SEMUA ADALAH HAMBA.



Allah ada mengisahkan di dalam Al-Quran pada surah Al-Baqarah ayat ke-30 yang maksudnya seperti berikut ;

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi sedangkan mereka akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”. Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. (Al-Baqarah : 30)

            Sekarang marilah kita semua sama-sama perhatikan keadaan ini. Kita semua adalah hamba dan pada masa yang sama juga adalah khalifah. Oleh yang demikian, kita (manusia) ini merupakan hamba yang diberikan amanah (jawatan) sebagai khalifah. Justeru perlulah kita semua ingat walau besar atau hebat mana sekali pun diri kita ini, kita masih tetap seorang hamba. Lihatlah begini, seorang hamba walau diberikan pelbagai tugas dan jawatan apa pun, selagi dia tidak dimerdekakan, dia akan tetap kekal sebagai seorang hamba. Dia tetap perlu akur kepada tuannya.

Justeru, ayuhlah kita semua sama-sama ingat dan sedar dengan sedalam-dalamnya bahawa kita semua ini hanyalah hamba. Lantas, sebagai seorang hamba patutkah kita ingkar suruhan dan larangan Tuhan kita? Sombong dengan Tuhan kita di muka bumi yang dimiliki dan dicipta oleh Tuhan kita? 


Lalu apa? Fikir-fikirkan dan ambil lah tindakan yang sewajar dan sepatutnya.



Currently have 0 comment: